Geran Tahunan | RM4 juta untuk MUTC, laksana program kesedaran & latihan

2022-07-02 0

Kerajaan bersetuju menyediakan geran tahunan empat juta ringgit kepada Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) untuk melaksanakan program-program kesedaran dan latihan yang signifikan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata peningkatan kemahiran dan latihan semula merupakan kunci yang penting dalam memastikan Malaysia mempunyai tenaga kerja yang berdaya saing.